Saturday, December 12, 2009

Cara Menukar Template

Dapatkan template untuk blog anda di
http://templates4blog09.co.cc
Apa itu Template ? Template ialah bentuk atau layout blog yang kita kehendaki. Ada beberapa jenis template untuk blogger gunakan. Ianya ada yang percuma dan ada yang komersial . Bagi yang percuma anda boleh cari di Enjin Carian kat internet sama ada di google.com atau yahoo.com. Kata kunci yang anda boleh tulis di dalam Enjian Carian tersebut ialah Free Template for blogspot umpamanya. Senarai template akan dipaparkan. Pilih sahaja yang sesuai kemudian download. Namun dalam artikel kali ini apa yang saya hendak ajarkan ialah basic atau asas penukaran bentuk template yang ada dalam blogspot.com. Lain kali saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk menukar template yang anda download. Baca seterusya ..
Baiklah untuk menukar template anda ikuti langkah berikut :

1. Login akaun blogger.com anda.
2. Anda akan dipaparkan kepada ruangan DASHBOARD iaitu tempat blog-blog anda disenaraikan.
3. Pada blog yang anda pilih KLIK LAYOUT.
4. Paparan LAYOUT blog anda akan keluar.
5. Klik PICK NEW TEMPLATE
6. Senarai TEMPLATE dari blogger akan tersenarai.
7. Pilih atau klik dalam BULATAN template yang anda inginkan.
8. Kemudian Klik SAVE TEMPLATE.

Perhatian :

:: Sebelum anda membuat pertukaran sesuatu Template pastikan anda backup dahulu segala GADGET yang ada dalam blog anda yang terdahulu , ini kerana apabila kita menukar blog kita kepada template yang baru maka semua GADGET yang ada akan hilang. Jadi berhati-hati ketika membuat keputusan untuk menukar kepada TEMPLATE baru.

No comments:

Post a Comment