Thursday, December 11, 2014

Apa itu PAGES Dalam Blog ?

Salam kepada semua pengunjung blog tutorial ini. Lama dah tak menulis tutorial di sini, akhir sekali aku tulis tutorial kalau ikutkan tarikh akhir posting ialah pada may 2013. Wah lama tu dah setahun lebih. Sebenarnya banyak sangat kekangan yang dihadapi sebab itu aku tak berapa aktif sejak setahun lalu. Tapi hari ini rasa macam nak aktif balik la pulak.

Untuk mereka yang baru terjumpa blog ini ketahuilah bahawa blog ini adalah untuk mereka-mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog kat blogspot.com sebenarnya. Tutorial yang aku tulis ini adalah tentang perkara-perkara basic sahaja. Kalau anda baru nak kenal dan berjinak-jinak membina blog sendiri memang tepatlah anda berada di sini. Kalau anda sudah advance dalam membina blog mungkin anda boleh tolong beri komen kalau ada mana-mana yang aku silap tulis atau nak kongsi idea pun boleh. Tulis jer kat bahagian komen kat bawah.

Ok untuk kali ini kita akan berbicara tentang PAGES. Apa itu PAGES dalam blog anda ? Apa beza PAGES dengan POSTS dan bagaimana menambah PAGES dalam blog.

Apa itu PAGES ?

PAGES dalam blogger ialah laman web yang berasingan dengan POSTS. Dengan PAGES anda boleh membina bahagian-bahagian yang berasingan seperti satu page untuk tentang saya, hubungi saya atau sebagainya. PAGES ini boleh anda letakkan di bahagian atas blog anda atau bahagian sisi blog.   Kebiasaannya PAGES dibina bagi memaparkan maklumat-maklumat yang tidak kerap berubah kepada pengunjung blog anda. Contohnya maklumat tentang alamat yang boleh dihubungi.

Apa Perbezaan PAGES dengan POSTS ?

1. PAGES tidak ada paparan masa dan tarikh bila anda membinanya, manakala POSTS akan menunjukkan paparan tarikh atau masa ada menulis POSTS tersebut.

2. PAGES untuk memaparkan maklumat yang tetap dan jarang berubah, manakala POSTS pula untuk tulisan atau paparan yang terkini tentang blog anda.


 

Monday, May 27, 2013

Cara Membuat Scroll Pada Link List



Apa itu SCROLL ? Kalau nak tahu lihat saja gambar kat atas tu. Guna scroll ini adalah untuk menjimatkan ruang blog anda jika link list anda terlalu banyak. Berikut cara membuat scroll pada ruangan Link List anda :

Sunday, May 26, 2013

Cara Menggunakan Widget LinkList

Widget Link List digunakan untuk menyenaraikan link blog anda atau link-link lain yang anda suka. Ataupun anda boleh membuat link untuk senarai posting blog anda untuk senang di akses oleh pengunjung. Cara mudah sahaja  anda boleh ikuti tutorial berikut :

Tuesday, January 24, 2012

Dapat Duit Dengan Survey


Alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun  lambat. Baru-baru ni aku dapat cek hasil dari menyertai program survey di Internet. Ingatkan program spam, rupa-rupanya memang betul dapat duit. Walaupun agak lambat tetapi survey yang aku sertai ini memang boleh buat duit. Namun begitu kita juga perlu berhati-hati apabila ingin menyertai sesuatu program yang menawarkan duit di internet ini. Maklumlah sekarang ini pelbagai program yang menawarkan wang segera untuk cepat kaya. Akhirnya terbukti program itu spam. Jadi berhati-hati dan buat sedikit pencarian di internet untuk memastikan program itu betul atau tidak.

Monday, September 19, 2011

Cara Menetapkan Tarikh Posting Blog Anda

Assalamualaikum Wbt.,

Tahukah anda bahawa anda boleh mengubah ketetapan tarikh post atau kandungan blog yang kita buat ? Contohnya anda menulis kandungan blog anda pada hari ini tetapi ingin menetapkan tarikh post atau kandungan tersebut pada tarikh yang lain. Dengan kata lain anda ingin menetapkan back dated pada posting atau kandungan post blog anda. Caranya :