Friday, September 11, 2015

Blogspot.com Dah Bertukar ?

Perasan tak apa yang berlaku pada alamat URL blogspot.com korang sekarang ? Minggu lepas baru aku perasan yang semua alamat URL blog yang aku buat dah bertukar dari blogspot.com kepada blogspot.my secara automatik. Aku rasa semua perubahan ini mungkin berlaku untuk menunjukkan yang blog kita ini berasal dari mana kan. Sebab .my adalah domain untuk negara Malaysia ? . Kalau negara sebelah mungkin blogspot dia dah bertukar kepada .sg untuk Singapura kot. 

Apa kesan terhadap pertukaran URL dari .com kepada .my ni pada blog kurang pastilah pula aku. Kecuali nak menunjukkan blog kita ni berasal dari Malaysia. Mungkin ada otai-otai kat alam maya ni yang lebih tahu boleh ler berkongsi kat sini. Setakat ini ni kat blog aku ni, aku adalah perasan apa yang berlaku. Ada sedikit perubahan yang muncul dalam blog aku ni selepas tiga tahun kena bann .. ha2x... selamat kembali berblog. :-)

 

No comments:

Post a Comment