Satu lagi cek aku dapat dari Globaltest Market, syarikat yang menjalankan survey secara online yang mana aku telah menyertainya. Sebelum ini sudah beberapa kali aku menerima cek dari Globaltest Market ini setelah mata ganjaran aku mencapai 1100 mata. Apabila mata ganjaran sudah mencapai 1100 mata maka kita dapat menebusnya dengan USD50.
Kebiasaanya Globaltest Market akan menghantar sekeping cek dalam matawang RM, maka dapatlah dalam RM150 lebih kurang. Tetapi yang terbaru syarikat Globaltest Market ini telah menghantar cek dalam matawang USD yang belum ditukar ke RM. Terpaksalah aku pergi tanya bank bagaimana nak masukkan cek luar negara matawang USD ke dalam akaun. Bank yang aku pergi ialah Maybank. Setelah mengisi borang seperti biasa, pegawai bank tersebut memberitahu bahawa cek ini akan clear dalam masa sebulan atau lebih. Woi lamanya, biasalah dia kata sebab cek ni dari luar negara. Takpelah aku tunggu jer.
Lebih kurang sebulan kemudian aku pun ceklah kat ATM, terkejut juga jumlah yang dapat dari pertukaran itu cuma RM 50 jer .... sebelum ini kalau dapat cek dalam mata wang RM dapatlah RM150 mengikut pertukaran ketika itu. Kalau sekarang mungkin dapat RM200 mengikut pertukaran semasa. Sempatlah juga aku tanya pegawai bank tersebut, dia kata memang mahal caj yang dikenakan untuk pertukaran cek USD ke RM. Kalau kat bank lain begitu juga ker ? Mungkin anda pernah mengalami seperti ini atau ada cara yang lain untuk tukar cek dari luar negara ? Bolehlah berkongsi di sini.