Friday, September 11, 2015

Apa Fungsi Kod ?rel=0

Salam semua, posting kali ini berkaitan dengan video dari youtube.com. Mungkin semua orang dah tahu cara untuk embed video dalam blog kan ? Kalau anda orang baru sila rujuk tutorial di cara memasukkan video dalam blogspot. Sekarang jika kita lihat youtube telah meletakkan beberapa video yang berkaitan dengan video yang kita embed dalam blog kita selepas selesai kita menonton video tersebut. Ia memberi cadangan kepada kita untuk melihat video lain yang mungkin berkaitan dengan video yang kita embed. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.

Jadi bagaimana cara untuk kita menghilangkan video-video tersebut ? senang aja, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah kod ?rel=0 pada akhir URL video anda. Contoh :

 <iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/uMERErj0OsI?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Tulisan berwarna merah itu adalah tempat di mana anda perlu tambah kod tadi. Selamat mencuba.



 

No comments:

Post a Comment