Sunday, April 26, 2009

Masukkan Fungsi Read More atau Baca Seterusnya

Hari ni aku belajar camner nak buat Read More atau Baca Lagi kat dalam blogger nih . Mana aku belajor ? mana lagi kalau tak kat internet ler. Tulis jer kat Enjin pencari google ikut orang putih ler sikit " How to make read more in blogspot " .

Lepas tu tekan search , ha .... keluar ler senarai soalan anda tadi. Pilih jer le mana yang sesuai dan senang untuk di baca. Kalau tak reti sangat anda boleh tulis soalan tadi ikut bahasa melayu " Bagaimana membuat read more dalam blog ". Cuba ah test .

Apa yang aku dapat ni kod dia mudah jer aku tengok , yang berpinau mata tu adalah semasa nak cari kod :

<data:post.body/>

kat ruangan Layout ---> Edit HTML . Jenuh juga cari , kalau anda tak biasa mencari kod2 dalam HTML ni kenalah anda biasa2kan diri . Bila dah jumpa gantikan dengan dengan kod dibawah :

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

<data:post.body/>

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

Read More
</b:if>
</b:if>

Sebelum anda save template tu , anda kena tayang preview dulu , manalah tau kot-kot anda tersalah masukkan dia punya kod , karang haru biru pulak blog anda. Kalau dah preview tu tak ada masalah maka bolehlah anda save kan.

Langkah seterusnya anda kena masukkan kod di bawah ini pulak kat ruangan Settings --> Formatting ---> Post Template ( bawah sekali ) :

Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.

Jangan lupa klik SAVE SETTING . Bermakna setiap kali anda ingin buat post baru , kod untuk read more sudah ada dalam format posting anda. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment